Ayam Pasu Balik Pulau

No Image Caption
A
A
A
LAZAT... Peniaga Ayam Pasu Balik Pulau, Mohd Fazli Abdul Rahman, 40, menunjukkan ayam yang dibakar mengggunakan pasu di Jalan Baru di sini.

Mohd Fazli berkata beliau menggunakan arang batu yang diletakkan di dalam pasu sebelum membakar ayam. Beliau mengambil masa selama 20 minit untuk membakar ayam-ayam tersebut. Beliau yang dibantu oleh isteri dan anak saudara membakar sebanyak 150 ekor ayam dalam pasu setiap hari sempena Ramadan kali ini. Sebanyak 30 buah pasu digunakan untuk membakar ayam yang diperap dengan rempah-ratus istimewa selama dua jam. Bekas pengawal peribadi itu, menggunakan resepi sendiri bagi memastikan keaslian rasa ayam pasu yang diusahakan sejak 2019 tidak terjejas. Selain ayam, beliau juga membakar daging lembu dan daging kambing. Ayam Pasu Balik Pulau dijual dengan harga RM30 seekor dań separuh ayam dengan RM15 manakala daging lembu dijual dengan harga RM15 bagi 150 gram dan daging kambing RM20 bagi 150 gram. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Padi dalam sekolah

No Image Caption
GALERI

Kenyir Elephant Conservation Village

No Image Caption
GALERI

Cuaca Panas

No Image Caption
GALERI

Nyamuk Aedes berwolbachia