14,744 individu terima sumbangan Nur Ramadan

Amran
Amran
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seramai 14,744 individu terdiri daripada golongan asnaf di bawah kategori fakir dan miskin menerima Saguhati Nur Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali berkata, Saguhati Nur Ramadan yang keseluruhan berjumlah RM4,549,780 diberikan kepada mereka untuk menyambut Ramadan Al-Mubarak.

"Setiap tahun pada bulan Ramadan, ZPP dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengagihkan zakat tambahan kepada asnaf fakir dan miskin yang juga penerima bantuan bulanan di ZPP.

"Penerima Saguhati Nur Ramadan ini akan menerima wang tunai dan juga hamper keperluan makanan,"katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Amran berkata, menjadi harapan pihaknya agar agihan zakat itu dapat meringankan beban golongan sasaran ketika menyambut Ramadan.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat di ZPP.

"Saya amat berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu ZPP meneruskan agenda penting membela golongan asnaf di Pulau Pinang ini," katanya.

Artikel Berkaitan: