Populariti Vladimir Putin meningkat

Kaji selidik dilakukan peninjau bebas Levada di Moscow menunjukkan peningkatan sokongan ke atas ‘Tsar moden’ itu sebanyak 83 peratus pada bulan lalu berbanding 69 peratus pada Januari. - Foto Agensi
Kaji selidik dilakukan peninjau bebas Levada di Moscow menunjukkan peningkatan sokongan ke atas ‘Tsar moden’ itu sebanyak 83 peratus pada bulan lalu berbanding 69 peratus pada Januari. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Populariti Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan semakin meningkat sejak beliau melancarkan kempen pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Februari walaupun berdepan kecaman Barat.

Kaji selidik dilakukan peninjau bebas Levada di Moscow menunjukkan peningkatan sokongan ke atas ‘Tsar moden’ itu sebanyak 83 peratus pada bulan lalu berbanding 69 peratus pada Januari.

Sejak Februari, tahap sokongan ke atas Putin juga dikatakan meningkat sebanyak 10 mata peratusan dan mencapai 44 peratus.

Difahamkan, beberapa pemimpin Kremlin seperti Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dan Menteri Luar, Sergei Lavrov turut menerima tahap sokongan sama setelah ‘operasi khas’ itu dilancarkan.

Selain itu, 70 peratus menyokong aktiviti pemerintah pada bulan lalu berbanding 55 peratus pada Februari ketika siri sekatan ketat dilancarkan Barat ke atas Moscow.

Tetapi, tinjauan dilakukan Pew Research Center di Amerika Syarikat (AS) mendapati tahap keyakinan terhadap Putin telah jatuh pada tahap terendah dengan memperoleh hanya enam peratus manakala 72 peratus responden di Amerika menyokong Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang merupakan angka tertinggi pernah diraih pemimpin global.

Keputusan kaji selidik berhubung cara pengendalian Presiden Joe Biden terhadap hal ehwal antarabangsa pula hanya meraih 48 peratus sokongan manakala 52 peratus lagi tidak yakin dengan pemimpin tersebut.

Tinjauan dilakukan Quinnipiac University antara 10 dan 14 Mac juga mendapati 49 peratus responden mempunyai pandangan negatif tentang respons Biden terhadap peperangan.

Artikel Berkaitan:

Ketika Putin menjadi tumpuan komuniti antarabangsa, rangkaian berita penyiasatan, Proekt di Moscow mendakwa sepasukan doktor sering melawat Putin di kediamannya atau mengiringinya dalam mana-mana lawatan hingga mencetuskan tanda tanya tentang keadaan kesihatan pemimpin berusia 69 tahun tersebut.

“Pakar bedah onkologi, Yevgeny Selivanov yang merupakan pakar dalam barah tiroid telah berkunjung ke kediaman Putin di Laut Hitam sebanyak 35 kali dan menghabiskan masa selama 166 hari bersamanya,” dedah laporan itu.

Menurutnya lagi, dua pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Igor Esakov dan Alexei Shcheglov juga sering melawat Putin yang dipercayai untuk ‘merawat’ beliau antara 2016 dan 2020.

Susulan pendedahan itu, Kremlin bagaimanapun menafikan pemimpin tersebut mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun beliau pernah tidak pernah muncul di khalayak ramai pada September 2021. - Agensi