Ukraine tawan semula seluruh wilayah Kiev

Tentera Ukraine menawan semula kawasan yang diduduki tentera Rusia di pinggir KIEV. - Foto AP
Tentera Ukraine menawan semula kawasan yang diduduki tentera Rusia di pinggir KIEV. - Foto AP
A
A
A

KIEV - Ukraine menguasai semula seluruh wilayah Kiev, kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Maliar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

"Irpin, Bucha, Gostomel dan seluruh wilayah Kiev sudah dikuasai semula,” kata Maliar.

Tentera Rusia masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu tetapi kadar kekerapannya berkurangan, menurut Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine.

Unit sokongan tentera Rusia juga bersedia menyertai operasi ketenteraan di Ukraine. - Bernama

Artikel Berkaitan: