England perlu sempurna

Harry Kane antara taruhan Southgate untuk England tampil sempurna di Qatar 2022. Foto: AFP
Harry Kane antara taruhan Southgate untuk England tampil sempurna di Qatar 2022. Foto: AFP
A
A
A

ENGLAND perlu menjadi pasukan yang sempurna sekiranya berhasrat menjulang kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022, selepas mengesahkan kemaraan ke temasya bola sepak dunia tersebut secara merit.

Menurut pengendali England, Gareth Southgate, pasukan edisi Qatar 2022 ini boleh memenangi kejuaraan berdasarkan keupayaan dan persembahan semasa yang hampir kepada sempurna.

Jelasnya, keyakinan, pengalaman dan kepercayaan para pemain Three Lions berkembang hasil kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan mara ke final Euro 2020 sebelum ini.

“Saya telah berkata kepada para pemain pada minggu ini, ‘jika kami boleh ke separuh akhir, kami boleh ke final, dan kami berjaya. Jika kami boleh ke final, kami boleh menang’. Itu jelas, namun untuk melakukan itu adalah amat sukar, sebaliknya kami perlu berada hampir dengan kesempurnaan yang boleh.

“Itulah cabaran untuk kami kerana bukan hanya perlu berada dalam keadaan cukup sempurna apabila tiba di Qatar, sebaliknya sebelum itu lagi. Itulah yang perlu kami usahakan setiap hari secara bersama.

“Saya tahu England mempunyai prestasi yang konsisten dalam tempoh tiga, empat tahun dan kami juga antara pasukan yang miliki keupayaan memenangi kejohanan ini,” katanya.

Ditanya perasaan pasukan lain untuk berdepan naib juara Euro 2020 itu, Southgate berkata: “Ya, saya pasti England kini antara pasukan dihormati malah menjadi antara pasukan yang tidak mahu ditentang dalam temasya di Timur Tengah ini.

“Apa pun England perlu lebih cukup sempurna kerana setiap lawan mempunyai karakter yang berbeza-beza.

Artikel Berkaitan:

“Namun yang benar-benar penting ialah bagaimana para pemain England dapat mengawal perasaan masing-masing," katanya.