Agong, Raja Permaisuri jalani kuarantin kendiri di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara selepas disahkan positif Covid-19.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara selepas disahkan positif Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga Khamis ini, setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut disahkan positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri hingga Jumaat ini.

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri ini selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes positif Covid-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Dimaklumkan Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.

“Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” kata kenyataan tersebut yang dikongsikan menerusi Facebook Istana Negara, pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda menasihatkan semua rakyat agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki fasa peralihan endemik, Jumaat lalu.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: