Klopp mahu rebut puncak EPL

Liverpool berpeluang pintas Manchester City jika tewaskan Watford. - Foto goal.com
Liverpool berpeluang pintas Manchester City jika tewaskan Watford. - Foto goal.com
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mahu skuad kendaliannya mempamerkan aksi terbaik bagi menewaskan Watford pada Sabtu dan meletakkan The Reds selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022 buat seketika.

Menurut Klopp kemenangan pada perlawanan itu bakal menyaksikan Liverpool memintas kedudukan Manchester City di puncak EPL buat seketika sebelum keputusan perlawanan antara City dan Leicester City diketahui tiga jam kemudian.

“Kita berharap pemain dapat mempamerkan aksi mantap ketika berdepan Watford dalam usaha memastikan kemenangan.

“Ini kerana kemenangan kali ini memberikan peluang kepada The Reds untuk berada di puncak liga biarpun untuk selama beberaja jam sahaja,” katanya.

Ketika ini Liverpool berada pada kedudukan kedua dengan 69 mata berbanding City yang gah di puncak EPL dengan 70 mata setelah masing-masing mengharungi 29 perlawanan.

Sementara itu, Klopp mendedahkan dia bakal melakukan sedikit rombakan pada kesebelasan skuad kendaliannya itu bagi aksi berdepan Watford.

Menurutnya, beberapa pemain seperti pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold serta pemain pertahanan Andrew Robertson mengalami kecederaan.

“Setakat ini, hanya dua pemain terbabit dilaporkan mengalami kecederaan berbanding pemain lain termasuk Alisson Becker, Fabinho dan Luis Diaz yang terlibat dengan aksi kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, ketiadaan kedua-dua pemain ini sebenarnya agak merisaukan kerana kita perlukan kesebelasan terbaik untuk melayan kunjungan Watford. Walaupun mereka berada dalam kelompok tiga pasukan terbawah liga, tetapi kita tidak tahu ‘ancaman’ yang mampu dilakukan mereka kepada kita.

“Apa pun, saya juga sudah memikirkan pengganti sesuai bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Trent dan Andrew,” katanya.