X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Shah Alam baharu

Mohd Iqbal (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Shah Alam dalam upacara serah terima tugas di IPD Shah Alam, pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Iqbal Ibrahim dinaikan pangkat kepada Asisten Komisioner dan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam baharu berkuat kuasa bermula Jumaat.

Mohd Iqbal, 41, menggantikan Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Mohd Iqbal dalam ucapannya berkata, Selangor bukan asing bagi beliau kerana pernah bertugas selama sembilan tahun di pelbagai daerah dan cawangan di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, selari peredaran masa trend jenayah juga berubah dan besar harapan semua pegawai serta anggota IPD ini bekerjasama dengan saya agar urusan pentadbiran berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Baharudin mengakui tugas di IPD Shah Alam memerlukan komitmen tinggi kerana satu cabaran berat menanti setiap Ketua Polis Daerah yang bertugas di sini.

“Namun, semuanya dapat ditangani dengan bimbingan Arjunadi yang penuh pengalaman dan berkaliber.

“Kejayaan juga hasil kerjasama dan sokongan kuat dari semua pegawai dan anggota polis IPD ini termasuk ketika kejadian bencana banjir di Sri Muda sebelum ini,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!