Serangan Christchurch: 2,000 sertai solat jenazah ghaib

Abdul Farid mengimami solat jenazah ghaib.
Abdul Farid mengimami solat jenazah ghaib.
A
A
A

IPOH - Dianggarkan 2,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib dengan dipimpin oleh S.F Tuan Haji Abd Farid bin Salleh, Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), Abdul Farid Salleh, di masjid berkenaan.

Solat jenazah ghaib yang dilaksanakan selepas selesai solat Jumaat itu diadakan khusus buat mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi Masjud An-Nur, Christchurch New Zealand Jumaat lalu.

Terdahulu, khutbah Jumaat bertajuk Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Bersama Mencegah dan Membanteras Jenayah yang disampaikan oleh khatib jemputan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah.

Pada hari ini juga difahamkan bermulanya pelancaran Tabung Bantuan Al-Aqsa sempena Israk & Mikraj di seluruh masjid negeri Perak anjuran Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Aman Palestin.

Kutipan yang bermula hari ini boleh disalurkan ke Tabung Bantuan Bencana & Kemanusiaan Masjid Negeri Perak (08013010091983 - BANK ISLAM) selewat-lewatnya pada 2 April 2019 (Selasa).

Sementara itu difahamkan sejumlah RM60,000 telah disumbangkan kepada pihak Global Peace Mission Malaysia sebagai serahan rasmi kepada Bantuan Kemanusiaan Uyghur di Bilik Mesyurat masjid berkenaan pada 10.30 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: