Dapur pemanggang itik punca asap tebal di pusat beli belah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepulan asap tebal yang dilihat keluar daripada serombong sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, di sini berpunca daripada dapur sebuah restoran yang menghidangkan daging itik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.12 petang dan seramai 11 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Jalan Tun Razak dihantar ke tempat kejadian.

"Kebakaran didapati berpunca daripada dapur pembakar daging itik sebuah restoran, yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah itu.

"Kebakaran itu telah padam sendiri, kebakaran turut menyebabkan lima kepala perenjis air pecah akibat bahang kebakaran,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum itu, tular satu gambar di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal keluar daripada serombong asap pusat membeli-belah berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: