Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Siling di sebuah pusat beli-belah runtuh dalam satu kejadian jam 12.37 tengah hari di Cheras pada Selasa.
Siling di sebuah pusat beli-belah runtuh dalam satu kejadian jam 12.37 tengah hari di Cheras pada Selasa.
A
A
A

CHERAS - [KEMAS KINI] Suasana gempar seketika apabila siling di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Mahkota Cheras, dekat sini runtuh pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.37 tengah hari.

Menurutnya, kejadian terbabit melibatkan siling kapur yang jatuh pada anggaran ketinggian 70 kaki di ruang tengah pasar raya dan terhempas ke tingkat bawah (ground floor).

Keadaan siling kapur yang runtuh dan terhempas ke tingkat bawah pusat beli-belah
dalam satu kejadian di Bandar Mahkota Cheras pada Selasa.
Keadaan siling kapur yang runtuh dan terhempas ke tingkat bawah pusat beli-belah dalam satu kejadian di Bandar Mahkota Cheras pada Selasa.

"Pihak bomba telah membuat pemantauan di lokasi kejadian yang mempunyai tiga tingkat bangunan.

"Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian terbabit," kata kenyataan itu pada Selasa.

Tambah kenyataan itu lagi, sebuah jentera bomba jenis LFRT bersama lima petugas dari balai bomba Bandar Tun Hussein Onn telah dikejarkan ke tempat kejadian.