Tindakan tegas jika anggota tidak terima kes keganasan rumah tangga

Abdul Jalil
Abdul Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas jika benar terdapat perlanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga melibatkan anggota pihak berkuasa tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, PDRM mengambil perhatian serius isu keengganan anggota polis menerima laporan keganasan rumah tangga sebagaimana dibangkitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pada Isnin.

"Semenjak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuat kuasa pada 1 Jun 1996, PDRM telah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes keganasan rumah tangga.

"Ia perlu dipatuhi di semua peringkat termasuk arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis kes keganasan rumah tangga," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Abd Jalil berkata, sehubungan itu, PDRM memohon pihak KPWKM dan mana-mana pihak yang terkesan berhubung isu dibangkitkan itu untuk tampil serta memberi maklumat lebih terperinci supaya siasatan dalaman dapat dijalankan dan tindakan dapat diambil ke atas anggota terlibat.

Pada Isnin, media melaporkan KPWKM memaklumkan sesetengah anggota polis enggan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga dengan alasan ia adalah isu keluarga.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Rina Harun menasihatkan mangsa untuk segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan.

Artikel Berkaitan: