Penganjur konsert dikompaun langgar SOP

Video berdurasi 16 saat di aplikasi TikTok memaparkan sebuah konsert yang diadakan tanpa mematuhi SOP PPN Fasa 4.
Video berdurasi 16 saat di aplikasi TikTok memaparkan sebuah konsert yang diadakan tanpa mematuhi SOP PPN Fasa 4.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjur sebuah konsert di Bukit Jalil dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 16 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah konsert diadakan tanpa mematuhi SOP PPN Fasa 4.

"Hasil siasatan awal mendapati konsert tersebut diadakan sempena satu program yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Idzam berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan penganjur konsert telah dikenakan kompaun.

Penganjur konsert dikompaun kerana melanggar SOP PPN Fasa 4.
Penganjur konsert dikompaun kerana melanggar SOP PPN Fasa 4.

"Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 kerana gagal memastikan penjarakan sosial," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan mematuhi SOP dalam apa jua acara dan tidak berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: