Usaha kolektif tangani keganasan siber: Menteri Pertahanan Singapura

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua dari kanan) bersama rakan sejawatannya dari Filipina Delfin N. Lorenzana (kanan) dan Singapura, Dr Ng Eng Hen (dua,kiri) ketika Forum Putrajaya 2022 Tanggungjawab bersama Serantau dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen menyeru negara anggota ASEAN supaya memperkukuh kerjasama bagi memerangi keganasan siber di rantau ini.

Dr Ng berkata, serangan siber adalah ancaman yang berterusan walaupun terdapat sekatan sempadan akibat Covid-19 dan memerlukan usaha pelbagai hala bagi menangani isu itu oleh semua negara.

"Meskipun terdapat sekatan, kumpulan pengganas masih aktif merancang, menghasut dan melakukan serangan termasuk di rantau kita.

"Kumpulan pengganas global terbukti mempunyai ketahanan dan dapat menyesuaikan diri. Mereka mengekalkan strategi perekrutan dan radikalisasi serta mengeksploitasi ruang siber dengan sangat berkesan,” katanya pada Forum Putrajaya 2022 di sini, pada Selasa.

Sesi Dr Ng bertajuk Broadening Security Cooperation in the Asia Pacific: Prospects and Possibilities turut disertai Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Negrillo Lorenzana selaku panel kedua.

Forum Putrajaya 2022 diadakan serentak dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini bermula semalam hingga Khamis ini.

Dr Ng mencadangkan walaupun setiap negara mampu membuat keputusan berdasarkan kepentingan mereka sendiri untuk menangani ancaman rentas sempadan ini, terdapat mekanisme bersama untuk menangani cabaran transnasional bagi mengurangkan ketegangan dan kesan buruk. - Bernama

Artikel Berkaitan: