Pelajar daripada keluarga terjejas pendapatan dibantu

Penerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah 2022 bergambar di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, Pokok Sena. - Foto Econsave
Penerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah 2022 bergambar di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, Pokok Sena. - Foto Econsave
A
A
A

POKOK SENA - 50 pelajar daripada keluarga terjejas pendapatan akibat Covid-19 dan B40 menerima sumbangan beg sekolah menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2022 di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, dekat sini.

Menurut Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor, pemilihan pelajar dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Pokok Sena dan sumbangan pula dilakukan pihaknya.

"Program Sumbangan Kembali Ke Sekolah 2022 adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga kepada 50 kanak-kanak yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Salim (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Program Kembali Ke Sekolah 2022 di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, Pokok Sena. - Foto Econsave
Salim (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Program Kembali Ke Sekolah 2022 di Pusat Aktiviti Kanak-kanak daerah Pokok Sena, Keda Kampung Bukit, Pokok Sena. - Foto Econsave

"Kami mengharapkan sumbangan ini mampu membantu dan menceriakan kanak-kanak yang terpilih ini bagi meneruskan sesi persekolahan baharu," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood Al-Hafiz dan hadir sama Pengurus Econsave cawangan Pokok Sena, B Devanathan.

Artikel Berkaitan: