Sabah bincang sambung bina CIQ di Serudong

Hajiji (dua dari kiri) menyempurnakan Pelancaran Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di SICC, Kota Kinabalu.
Hajiji (dua dari kiri) menyempurnakan Pelancaran Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan berhubung isu pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Serudong, Tawau yang ditangguhkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembinaan CIQ itu penting sebagai laluan pintu masuk bagi Tawau, Sabah dan Kalimantan, Indonesia.

"Projek ini amat perlu supaya satu laluan boleh digunakan masuk ke Sabah atau Tawau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Sabah (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penangguhan pembinaan CIQ di Serudong, Tawau, yang dimaklumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Parlimensupada Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, kelewatan pembinaan akan menyebabkan lebih banyak masalah kemasukan secara haram melalui laluan tikus antara dua negara.

Ahad lalu, Timbalannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan menangguhkan pembinaan CIQ bernilai RM600 juta dilihat bakal merugikan ekonomi Sabah berikutan Kalimantan Timur akan dibangunkan sebagai ibu negara baharu Indonesia.

Hajiji dalam ucapannya sebelum itu mencadangkan Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) perlu diinstitusikan sebagai satu badan penyelaras dan pemantau pelaksana bagi memperkemaskan gerak kerja penyelarasan di semua peringkat termasuk kerjasama dengan pihak berkepentingan.

Artikel Berkaitan:

Beliau yakin SMJ dapat melonjakkan pencapaian pelan pembangunan SMJ melalui mekanisme yang lebih komprehensif dan tersusun.

"Dalam tempoh genap enam bulan bermula Mac tahun lalu, kerajaan negeri telah membentangkan SMJ yang berteraskan aku janji GRS-BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 melalui pelbagai sesi libat urus," katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, pelbagai agensi serta syarikat berkaitan kerajaan termasuk Persekutuan menunjukkan inisiatif dan program masing-masing melalui Showcase SMJ di sekitar ruang legar SICC ini dan terbuka kepada orang ramai sehingga Rabu.

Hajiji yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri mahu pelaporan status pencapaian inisiatif agensi persekutuan yang mempunyai hubung kait dengan teras serta objektif Pelan Pembangunan SMJ dijadikan salah satu agenda majlis tindakan itu