Zakat Pendidikan: RM70,800 untuk murid susah

Sebahagian murid bergambar dengan para penaja.
Sebahagian murid bergambar dengan para penaja.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah 236 murid menerima bantuan Zakat Pendidikan RM300 seorang, di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, bantuan Zakat Pendidikan berjumlah RM70,800 itu merupakan sumbangan dari badan korporat menerusi Persatuan Ukhwah Silaturrahim Kuantan (Ukhwah).

Kesemua pelajar tersebut terdiri daripada 39 sekolah rendah daerah Kuantan.

"Program kerjasama antara Yayasan Pahang, Ukhwah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ini bertujuan membantu golongan murid yang kurang berkemampuan.

"Mereka terdiri daripada anak-anak keluarga berpendapatan RM500 dan ke bawah," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Zakat Pendidikan tersebut di sini, hari ini.

Mahmud (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada murid.
Mahmud (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada murid.

Beliau berkata, bantuan ini sangat tepat untuk disalurkan kepada penerimanya.

"Insya-ALLAH program yang sama akan diperluaskan ke daerah lain.

Artikel Berkaitan:

"Yayasan Pahang komited mengekalkan keharmonian dengan agensi korporat lain bagi memastikan agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terbela," katanya.

Mahmud berkata, Yayasan Pahang sangat mengalu-alukan badan korporat lain untuk bekerjasama memberi bantuan dan manfaat kepada masyarakat.

"Semoga pelajar terpilih akan menjadi insan dirahmati serta berupaya berbakti kepada agama nusa dan bangsa," ujarnya.

Pada majlis sama turut diadakan penyampaian replika cek Ukhwah kepada Yayasan Pahang.