Van Gaal beri Ten Hag amaran elak kendali Manchester United

Old Trafford gelanggang Manchester United.
Old Trafford gelanggang Manchester United.
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal memberi amaran kepada pengurus Ajax Amsterdam, Erik ten Hag supaya tidak menyertai Manchester United.

Sebaliknya, Van Gaal menggesa Ten Hag memilih sebuah kelab bola sepak berbanding kelab komersial.

“Erik ten Hag adalah jurulatih yang hebat dan ia sentiasa bagus untuk Manchester United.

"Namun Manchester United adalah kelab komersial, jadi ia adalah pilihan yang sukar untuk seorang jurulatih, adalah lebih dia mengendali sebuah kelab bola sepak.

"Saya tidak akan menasihatinya, sebaliknya biarlah dia mencari atau menelefon saya sendiri...

"Tetapi realitinya dia mesti memilih sebuah kelab bola sepak dan bukan sebuah kelab komersial," kata Van Gaal menjelang perlawanan persahabatan Belanda menentang Jerman di Amsterdam pada Rabu.

Van Gaal sebelum ini pernah mengendali The Red Devils, membawa kejuaraan Piala FA pada musim terakhirnya sebelum dipecat dan digantikan Jose Mourinho.

Ten Hag yang berusia 52, adalah antara segelintir nama dikaitkan dengan Manchester United, dengan perkhidmatan pengurus sementara Ralf Rangnick akan berakhir penghujung.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Ten Hag dilantik oleh Ajax semasa kempen 2017-18 dan membawa kelab Belanda itu merangkul kejuaraan liga pada 2019 dan 2021, serta mara separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019.