Kadar zakat fitrah kekal RM7, RM10

Mohd Fared (tengah) menunjukkan papan kenyataan jumlah kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan pada sidang media berkenaan
Mohd Fared (tengah) menunjukkan papan kenyataan jumlah kadar bayaran zakat fitrah yang ditetapkan pada sidang media berkenaan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah tahun ini dikekalkan dengan jumlah RM7 dan RM10.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penetapan kadar itu juga dikekalkan berdasarkan dua kategori pembayar zakat berdasarkan jenis beras yang digunakan dalam keluarga.

“Penetapan harga fitrah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di Johor pada timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg),” katanya ketika sidang akhbar Pengumuman Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2022 di Hotel Jen di sini, pada Isnin.

Mohd Fared berkata, pembayaran zakat fitrah boleh dilunaskan menerusi beberapa kaedah termasuk secara langsung serta dalam talian bagi memudahkan urusan pembayaran tuntutan wajib itu.

“Antara yang digalakkan, MAINJ juga telah menyediakan platform pembayaran menerusi perbankan dalam talian seperti Zakat Johor Online Payment melalui Kod QR Fatpay dan Aplikasi Tulus.

“Bagaimanapun, umat Islam juga masih boleh melunaskan pembayaran zakat itu secara tradisional di mana-mana kaunter MAINJ di setiap daerah atau melalui amil zakat yang dilantik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah juga memaklumkan, seramai 1,648 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tahun ini, MAINJ juga telah menetapkan unjuran pungutan sebanyak RM18.8 juta melibatkan kira-kira 2.1 juta pembayar zakat fitrah.

Artikel Berkaitan: