Lans Koperal menangis dijel 10 tahun, denda RM10,000

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM10,000 kerana menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lalu.
Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM10,000 kerana menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menangis di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM10,000 kerana menyebabkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian seorang buruh, lima tahun lalu.

Hakim Mahyon Talib menjatuhi hukuman itu terhadap Baxter Kisar, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula Isnin dan tertuduh yang berasal dari Sabah perlu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap A Krishnan, 38, di hadapan kedai makan di Jalan Rampai Niaga, Sri Rampai, Wangsa Maju di sini, antara jam 5 hingga 5.45 pagi, 18 Julai 2017.

Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, sekiranya perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri manakala tertuduh diwakili peguam, George Goh dan Choo Yeong Shing.

Semasa prosiding, George memohon kepada mahkamah agar hukuman penjara ditangguhkan.

Bagaimanapun, Mahyon tidak membenarkan permohonan itu dan memerintahkan hukuman penjara bermula hari jatuh hukum.

Artikel Berkaitan:

Dalam perbicaraan yang bermula Oktober 2019, seramai 14 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 18 Julai 2019, tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman didakwa sengaja mendatangkan cedera parah dengan niat hendak mendatangkan kematian kepada individu sama.

Dia juga didakwa pada 10 Januari 2018, atas pertuduhan sama, namun kemudian dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).