Kanada akhiri kemarau 36 tahun ke Piala Dunia

Kemenangan kelapan selepas mengharungi 13 perlawanan menyaksikan Kanada mengumpul 28 mata tiga mata mengatasi sensasi Amerika Syarikat di kedudukan kedua.
Kemenangan kelapan selepas mengharungi 13 perlawanan menyaksikan Kanada mengumpul 28 mata tiga mata mengatasi sensasi Amerika Syarikat di kedudukan kedua.
A
A
A

GERGASI bola sepak Amerika Utara, Kanada akhirnya kembali semula ke temasya sukan berprestij dunia Piala Dunia Qatar 2022 selepas menjinakkan Jamaica 4-0 dalam kelayakan Zon CONCACAF di BMO Field.

Empat gol bermula dengan jaringan Cyle Larin (13'), Tajon Buchanan (44'), Junior Hoilett (82') dan jaringan sendiri Adrian Mariappa (88') memastikan anak buah John Herdman mengakhiri kemarau 36 tahun ke Piala Dunia.

Untuk rekod, Kanada melakukan penampilan pertama di Piala Dunia di edisi 1986 Mexico menyaksikan pasukan tersebut tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

Kemenangan kelapan selepas mengharungi 13 perlawanan menyaksikan Kanada mengumpul 28 mata tiga mata mengatasi sensasi Amerika Syarikat di kedudukan kedua.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!