Anggota tentera ditemui lemas

No Image Caption
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang anggota tentera ditemui lemas di dalam sebuah sungai di kawasan bukit di Kampung Sauk, di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Mangsa Nor Azmi Md Jalani, 33, ditemui orang awam di dalam sungai dalam keadaan terlentang sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, hasil sisatan mendapati mangsa dikatakan telah keluar rumah pada jam 10 pagi pada hari kejadian.

"Mangsa merupakan seorang anggota tentera yang akan melaporkan diri ke Kompeni A Bantuan keempat Rejimen Sempadan di Kem Gerik hari ini.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang namun tiada sebarang kecederaan dikesan pada tubuh badannya dan mangsa disyaki telah lemas lebih daripada 24 jam kerana mayatnya membengkak," katanya kepada pemberita dalam satu laporan di sini.

Menurut abang mangsa Bahtiar, dia memaklumkan adiknya itu tidak mempunyai musuh.

"Tiada barang mangsa hilang dan ia masih berada di motosikal yang ditunggangnya untuk ke lokasi sebelum kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Artikel Berkaitan: