Anggota tentera ditemukan lemas di Sungai Leleh

Mayat Mohd Sabbrie Syahrie (gambar kecil) ditemukan lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam, Muadzam Shah pada petang Selasa. - Foto ihsan JBPM Pahang
Mayat Mohd Sabbrie Syahrie (gambar kecil) ditemukan lemas di Sungai Leleh, Bukit Ibam, Muadzam Shah pada petang Selasa. - Foto ihsan JBPM Pahang
A
A
A

ROMPIN - Seorang anggota tentera ditemui lemas selepas disyaki terjatuh ketika mandi di Sungai Leleh, Bukit Ibam Muadzam Shah, pada Selasa.

Mayat mangsa, Mohd Sabbrie Syahrie Mohd Shah, 28, ditemui di dasar sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 6.55 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima laporan pada jam 3.17 petang.

"Operasi SAR turut dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari BBP Pekan dan Kuantan.

"Operasi pencarian dilakukan di kawasan permukaan sebelum anggota PPDA melakukan selamat sehingga mangsa berjaya ditemui," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.