2,200 pelajar sekitar Gombak, Damansara terima bantuan persekolahan

YBR memperuntukkan sebanyak RM220,000 bantuan persekolahan untuk diagihkan kepada 2,200 pelajar sekitar Gombak dan Damansara sempena pembukaan semula sekolah pada 21 Mac lalu.
YBR memperuntukkan sebanyak RM220,000 bantuan persekolahan untuk diagihkan kepada 2,200 pelajar sekitar Gombak dan Damansara sempena pembukaan semula sekolah pada 21 Mac lalu.
A
A
A

GOMBAK - Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM220,000 bantuan persekolahan untuk diagihkan kepada 2,200 pelajar sekitar Gombak dan Damansara sempena pembukaan semula sekolah pada 21 Mac lalu.

Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan tunai sebanyak RM100 itu sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada keluarga B40, terutama yang mempunyai lebih 10 orang anak yang masih bersekolah.

Tambah beliau, bantuan yang disalurkan itu juga diharap dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu.

“Justeru, kita memperuntukkan hampir RM220,000 untuk diagihkan kepada 2,200 pelajar di kawasan berkenaan.

“Kesemua senarai nama pelajar ini kita peroleh daripada Pegawai Pendidikan Daerah terutama mereka yang berada dalam kalangan keluarga B40.

“Kita memahami dalam keadaan kesempitan dengan pelbagai proses yang terpaksa rakyat lalui terutama golongan B40, kita merasakan bantuan ini sedikit banyak dapat memberi satu kelegaan buat mereka terutama yang mempunyai lebih 10 orang anak yang masih bersekolah,” katanya.

Megat Zulkarnain (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR di sini pada Ahad.
Megat Zulkarnain (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Megat Zulkarnain berkata, YBR juga telah membuat satu keputusan drastik di mana dalam Mesyuarat Lembaga yang diadakan dua bulan lalu bersetuju untuk membuka semula talian pinjaman pendidikan boleh ubah kepada mana-mana rakyat Malaysia yang mendapat tawaran ataupun sedang melanjutkan pengajian di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

“Kita buka semula di laman web bermula 15 Januari sehingga 15 Mac baru-baru ini. Agak mengejutkan di mana permohonan tersebut di luar daripada jangkaan dan kita sedang membuat penelitian.

“Hampir 4000 permohonan yang kita terima, sedangkan kita memperuntukkan di peringkat awal hanya RM3.8 juta sahaja.

“Jika dibahagikan RM3.8 juta ini kepada 4,000 tinggal berapa? Sedangkan kita menyasarkan kepada pelajar terbabit lebih kurang RM25,000 ke RM35,000 seorang. Sebab itu, kita akan adakan mesyuarat pada tiga hari lagi untuk kita tengok macam mana kita boleh bantu,” katanya.