VCC 2022 serampang dua mata KPT

Noraini turut melancarkan Le Tour De IPT 2023.
Noraini turut melancarkan Le Tour De IPT 2023.
A
A
A

PENGANJURAN Varsity Cycling Challenge 2022 (VCC) menjadi antara pemangkin kepada matlamat Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk melahirkan 'The Thinking Athelete (s)'

Malah menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Pekan Ramli, penganjuran VCC ini juga mensasarkan penglibatan 30 peratus atlet kebangsaan dalam kalangan atlet IPT khususnya bagi sukan berbasikal.

“Tahun ini merupakan tahun keenam VCC dianjurkan dan buat pertama kali dijayakan di bumi Johor, ia menawarkan sebanyak lapan kategori lebuhraya individu dan tiga kategori berpasukan dengan penyertaan hampir 500 peserta yang hadir daripada seluruh negara.

“Pertandingan ini melibatkan kayuhan sejauh 75.8 kilometer (km) dan 37.9km di sekitar Sri Medan dan Parit Sulong," katanya pada Sabtu.

Sebelum itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan VCC 2022 di Batu Pahat.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff dan Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamal Rudin.

Noraini bersama juara Kategori Berpasukan Pelajar Lelaki IPT VCC 2022.
Noraini bersama juara Kategori Berpasukan Pelajar Lelaki IPT VCC 2022.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul juara kategori Lebuhraya Berpasukan Pelajar Lelaki IPT manakala Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengungguli kategori Lebuhraya Berpasukan Pelajar Wanita IPT.

Artikel Berkaitan:

Kategori-kategori lain ialah Lebuhraya Individu MTB Lelaki Terbuka, Lebuhraya Individu Wanita Terbuka, Lebuhraya Individu Lelaki Terbuka, Lebuhraya Individu Lelaki Bawah 18 Tahun, Lebuhraya Individu Staf Lelaki IPT Terbuka, Lebuhraya Individu VIP,

Turut dipertandingkan kategori Lebuhraya Individu Pelajar Wanita IPT, Lebuhraya Individu Pelajar Lelaki IPT, Lebuhraya Berpasukan Staf Lelaki IPT Terbuka, Lebuhraya Berpasukan Pelajar Wanita IPT dan Lebuhraya Berpasukan Pelajar Lelaki IPT.

Tambah Pekan lagi, VCC 2022 ini juga telah mengembalikan semula penyertaan daripada kalangan orang awam atas semangat 'Keluarga Malaysia' berbanding dua edisi lalu yang lebih fokus kepada warga IPT sahaja.

“Selain itu warga IPT juga telah menunjukkan satu semangat yang sangat tinggi untuk bersaing di kejohanan ini apabila seramai 314 individu daripada 458 peserta secara keseluruhannya hadir dari IPT.

“Tahun 2022 juga merekodkan penyertaan teramai dari kaum wanita di sepanjang penganjuran kejohanan ini melibatkan seramai 70 peserta,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Noraini turut melancarkan Le Tour De IPT 2023 yang akan diadakan pada tahun depan melibatkan laluan perlumbaan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang mana laluan mula dan tamat perlumbaan akan melibatkan IPT terpilih.

“Selaras dengan perkembangan sukan berbasikal pada hari ini, KPT juga telah merancang untuk memperkasakan lagi program sukan berbasikal berprestasi tinggi dengan memperkenalkan perlumbaan jelajah melalui Le Tour De IPT 2023 yang sinonim dengan penganjuran Le Tour De Langkawi, Le Tour De Peninsular dan Jelajah Malaysia.

“Justeru, di atas kejayaan penganjuran VCC yang telah memasuki tahun keenam ini, saya percaya KPT dengan kerjasama UTeM selaku Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal KPT dan semua agensi-agensi yang berkaitan mempunyai kemampuan yang sangat besar untuk menjayakan Le Tour De IPT 2023,” katanya.