[VIDEO] Chiew Sien-Vivian mara ke separuh akhir terbuka Switzerland

Lim Chiew Sien-Vivian Hoo - Foto Persekutuan Badminton Dunia
Lim Chiew Sien-Vivian Hoo - Foto Persekutuan Badminton Dunia
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PASANGAN beregu wanita profesional negara, Lim Chiew Sien-Vivian Hoo meneruskan rentak kecemerlangan apabila mengejutkan pilihan keenam untuk mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel.

Pada aksi suku akhir berlangsung awal pagi Sabtu, gandingan itu terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan pasangan dari India, Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki 22-20, 23-21 dalam tempoh 54 minit.

Chiew Sien-Vivian bermula baik di set pertama apabila mendahului 7-2, namun sebaik pihak lawan mendapat rentak aksi bertukar menjadi sengit hingga mata terikat 20-20 sebelum dua mata terakhir berjaya diraih wakil negara untuk kemenangan set pertama.

Momentum itu diteruskan Chiew Sien-Vivian pada set kedua yang turut menyaksikan perlawanan berlangsung sengit sekali gus memaksa pasangan negara mengerah segala kudrat untuk menoktahkan kejayaan 23-21.

Menanti mereka di pentas separuh akhir yang dijadual berlangsung jam 2 petang waktu tempatan (jam 9 malam waktu Malaysia) adalah pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Stoeva Gabriela-Stoeva Stefani, yang merupakan pilihan ketiga.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turut berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir selepas cemerlang mengatasi pasangan Leo Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia 21-18, 19-21, 21-12.

Turut mara ke separuh akhir adalah dua gandingan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang akan bertemu sesama mereka bagi merebut tempat ke final. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Empat gandingan beregu negara tempat slot ke semi final! #fyp#BuletinTikTok#MalaysiaRoar#SEAGames31#MalaysiaBoleh#SwissOpen2022#TrendingNewsMalaysia Take It Off(抖音版) - DJ蒋先生&DJ阿金&LiAnfang