Jadikan insiden Christchurch sebagai pengajaran

Pita keselamatan polis diletakkan di lokasi insiden serangan pengganas yang menyasarkan dua masjid di Christchurch, Jumaat lalu. - Foto AFP
A
A

SHAH ALAM - Kejadian tembakan pengganas di Christchurch, New Zealand wajar dijadikan pengajaran oleh rakyat Malaysia agar tidak terjebak dengan sentimen kebencian agama.

Penasihat Biro Dakwah dan Sosial Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, sebaliknya setiap rakyat tanpa mengira latar belakang kepercayaan perlu memupuk dan memperkukuhkan perpaduan.

"Kita juga perlu saling menghormati kepercayaan setiap kaum agar keamanan negara ini terus terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hidung, bibir Haziq merah seperti masih hidup'

Katanya, MCCF turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan itu.

“Kami berharap seluruh rakyat Malaysia menghormati perasaan seluruh ahli keluarga mangsa yang kini berdepan dengan kesedihan dan sama-sama menghulurkan bantuan.

"Kejadian tembakan di New Zealand ini bukan sahaja melibatkan umat Islam tetapi juga mendapat simpati seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama dan bangsa yang menolak sebarang perbuatan ganas serta perkauman dan kebencian agama,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia