Uruguay, Ecuador mara ke Qatar 2022

Antara aksi menarik perlawanan Uruguay menentang Peru di Estadio Antonio Aranda.
Antara aksi menarik perlawanan Uruguay menentang Peru di Estadio Antonio Aranda.
A
A
A

URUGUAY dan Ecuador mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022, menyertai dua lagi kuasa bola sepak dari benua Amerika Selatan, Brazil dan Argentina ke temasya terbesar bola sepak dunia itu.

Ecuador layak ke Qatar walaupun tewas 1-3 kepada Paraguay di Estadio Antonio Aranda dengan jaringan Robert Morales (9'), Piero Hincapié (46' gol sendiri), Miguel Almirón (54') manakala gol pelawat dijaringkan Jordy Caicedo (85').

Uruguay pula menewaskan Peru 1-0 hasil jaringan Giorgian de Arrascaeta minit ke-42', menyaksikan kedua-dua pasukan berada di kedudukan ketiga dan keempat terbaik dengan mengumpul 25 mata di belakang Argentina dan pendahulu Brazil.

Peru yang mencatatkan kekalahan kelapan selepas mengharungi 17 perlawanan dan mengumpul 20 mata berada dikedudukan ketiga peringkat kumpulan.

Peru, Colombia (20 mata) dan Chile (19 mata) kini akan bersaing untuk tempat kelima dan tempat playoff menentang pasukan dari konfederasi Asia.

Sementara itu, Brazil mengekalkan momentum positif apabila menewaskan Chile 4-0 di Stadium Maracana, dengan gol skuad Samba dijaringkan Neymar (44'), Vinicius Junior (46'), Philippe Coutinho (72') dan Richarlison (91').

Dalam pada itu, Colombia pula melakar kemenangan 3-0 ke atas Bolivia di Stadium Metropolitano Roberto Meléndez hasil jaringan Luis Diaz (39'), Miguel Borja (72') dan Mateus Uribe (90').

Artikel Berkaitan: