Jepun sahkan slot Piala Dunia Qatar 2022

Mitoma (kanan) meraikan jaringan ketika Jepun menentang Australia dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Asia kumpulan B di Stadium Olimpik Sydney. - Foto AFP
Mitoma (kanan) meraikan jaringan ketika Jepun menentang Australia dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Asia kumpulan B di Stadium Olimpik Sydney. - Foto AFP
A
A
A

JEPUN mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menjinakkan Australia, 2-0 dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Asia kumpulan B di Stadium Olimpik Sydney setelah dipacu dua jaringan pemain gantian Kaoru Mitoma.

Jaringan pemain Royale Union Saint Gilloise (RUSG) berusia 24 tahun itu pada minit 89' dan 94' sudah cukup membolehkan skuad asuhan Hajime Moriyasu mengumpul 21 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan kumpulan.

Kemaraan Blue Samurai ke temasya sukan terbesar bola sepak dunia buat kali ketujuh berturut-turut turut diiringi Arab Saudi yang menduduki tempat kedua setelah mengumpul 19 mata kurang satu perlawanan berbanding Australia (15 mata) ketiga.

Kekalahan skuad pimpinan Graham Arnold itu menyaksikan Socceroos akan melalui fasa play-off menentang pasukan tempat ketiga dari kumpulan kelayakan Asia lain dalam perebutan slot menentang pasukan ranking kelima dari Amerika Selatan untuk satu lagi tempat ke Qatar 2022.

Artikel Berkaitan: