Jangan berlebih-lebih kongsi gambar anak di media sosial

Ada baiknya menjadikan sesuatu momen itu cukup sekadar simpanan peribadi, bukan untuk tatapan umum. - Foto 123rf
Ada baiknya menjadikan sesuatu momen itu cukup sekadar simpanan peribadi, bukan untuk tatapan umum. - Foto 123rf
A
A
A

“SIMPAN sini buat kenangan.” Itu frasa yang sering kita baca atau dengar di laman-laman media sosial, tidak kira Facebook, Instagram mahupun video TikTok. Sudah tentu content yang dikongsi itu mahu dikenang sampai bila-bila.

Sejak beberapa hari lalu, laman-laman media sosial kembali bertebaran dengan gambar ragam dan gelagat anak-anak ke sekolah. Pastinya golongan ibu bapa yang paling teruja untuk memuat naik gambar anak mereka di media sosial. Umpama sudah menjadi acara tahunan pula.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang baru bersekolah, sama ada prasekolah atau Tahun Satu, perasaan teruja mereka lain macam. Berbeza sedikit dengan ibu bapa yang sudah ada pengalaman.

Tetapi dalam keterujaan itu, mungkin ada yang lupa perbuatan memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh terdedah kepada risiko bahaya. Paling ditakuti ia secara tidak langsung mampu mengundang jenayah seksual.

Merak Jalanan sekadar mahu mengingatkan, gambar kanak-kanak di media sosial yang dikongsikan ibu bapa mereka berpotensi menarik perhatian pemangsa seksual. Jangan lupa, kumpulan seks pedofil ini masih ada di luar sana.

Tak salah nak berkongsi gambar momen-momen istimewa anak ke sekolah di media sosial tapi biarlah berpada-pada. Tak perlulah sampai terlalu menayangkan gambar yang boleh mendedahkan anak anda kepada risiko bahaya.

Sebenarnya pilihan di tangan anda, wahai ibu bapa. Jika anda mahu orang memuji kecomelan dan kecerdikan anak anda, itu tak salah. Yang salahnya, bila gambar anak anda disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Merak Jalanan nasihatkan kepada mana-mana ibu bapa, fikir-fikirkan dulu sebelum berkongsi sebarang gambar anak di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ada baiknya menjadikan sesuatu momen itu cukup sekadar simpanan peribadi, bukan untuk tatapan umum.