Udang Putih memberi rezeki

No Image Caption
A
A
A
Nelayan Muda Jusoh, 50, menunjukkan hasil udang putih yang dijala semasa tinjauan di Pantai Rusila. Udang putih yang kebiasaannya 'muncul' dengan banyak selepas musim tengkujuh memberi rezeki yang lebih buat golongan nelayan di negeri ini.

Bagi Muda, dia bersama anak-anaknya tidak melepaskan peluang untuk memukat udang putih tersebut untuk menambah pendapatan keluarga setelah terjejas sepanjang musim tengkujuh.

Menurutnya, setiap kali turun ke laut dia mampu meraih antara 10 hingga 30 kilogram udang putih. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan: