Sila log masuk terlebih dahulu.

PM ucap tahniah sempena hari keputeraan rasmi Sultan Johor

Ismail Sabri. Foto Bernama
Ismail Sabri. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, pada Rabu.

"Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

"Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Ke bawah Duli Tuanku sempena Hari Keputeraan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Baginda berkenan berangkat ke majlis pengurniaan darjah bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu bersempena sambutan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: