Suspek tembakan trem didakwa esok

Gokmen Tanis dihadapnkan ke mahkamah esok.
A
A

AMSTERDAM - BELANDA . Pendakwa raya Belanda akan mendakwa suspek serangan tembakan dalam sebuah trem padat penumpang dengan pembunuhan keganasan.

Suspek, Gokmen Tanis akan dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama esok.

“Suspek berusia 37 tahun itu didakwa dengan beberapa pertuduhan membunuh dengan matlamat keganasan, serta beberapa cubaan membunuh dan ancaman keganasan,” kata Pejabat Pendakwa Raya, hari ini.

Dalam kejadian Isnin lalu, Gokmen kelahiran Turki melepaskan tembakan dalam sebuah trem di bandar Utrecht yang meragut tiga nyawa.

Laporan di Turki menyebut beberapa ahli keluarga Gokmen memaklumkan kepada agensi berita Anadolu bahawa suspek melepaskan tembakan ke arah seorang ahli keluarga atas sebab pertikaian domestik.

Dia kemudian menembak orang lain yang masuk campur. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia