Sebar kepentingan ambil vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat di Kedah

Kerajaan Kedah mencadang menyebarkan maklumat mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat di negeri berkenaan. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
Kerajaan Kedah mencadang menyebarkan maklumat mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat di negeri berkenaan. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menguar-uarkan maklumat mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19 dalam khutbah Jumaat di Kedah.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, antara faktor individu tertentu tidak mengambil suntikan vaksinasi adalah disebabkan oleh penyebaran maklumat tidak benar tentang kesan buruk suntikan vaksin Covid-19 dalam media sosial

Beliau memberitahu, bagaimanapun, beberapa usaha sedang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhubung individu yang langsung tidak mendapat vaksinasi ini termasuk mengadakan pertemuan dengan mereka.

"Disebabkan itu, penerangan-penerangan secara terus dilakukan dalam masyarakat berkenaan.

"Malah, kita telah bertemu pihak Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan mendapat nasihat daripada mufti dan juga mereka yang berautoriti daripada jabatan agama, sama ada memberi penerangan di masjid-masjid untuk dimasukkan dalam khutbah Jumaat bagi memberi motivasi kepada mereka supaya mendapat vaksin," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zamri Yusuf (PKR- Suka Menanti) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Dr Mohd Hayati berkata, pihaknya mengalakkan pendekatan memberi kesedaran tentang kepentingan pengambilan vaksinasi dalam masyarakat berbanding secara paksaaan.

Tambah beliau, sebagai contohnya, individu belum mendapat suntikan vaksinasi yang datang ke hospital akan diberi kesedaran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan: