Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu, 13 individu diberkas

Seorang anggota polis sedang memeriksa individu yang ditahan di sebuah premis yang disyaki menyediakan perkhidmatan pelacur warga asing di ibu kota pada Isnin.
Seorang anggota polis sedang memeriksa individu yang ditahan di sebuah premis yang disyaki menyediakan perkhidmatan pelacur warga asing di ibu kota pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket pelacur warga asing yang menawarkan khidmat seks di sebuah premis di ibu kota terbongkar susulan penahanan 13 individu dalam serbuan pada Isnin.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, pihaknya menahan enam lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Indonesia dan enam wanita warga Vietnam.

"Kita turut merampas 130 keping kondom, satu pelincir, sehelai tuala, dua tisu basah, satu fail jadual kerja, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM 340," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 373, 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen1959.

"Orang ramai yang ingin membantu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah boleh melakukannya di aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

"Kita amat menghargai sebarang bentuk maklumat berkaitan jenayah demi kesejahteraan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: