PDRM naik taraf sistem laporan polis versi terkini

PDRM sedang menaik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data penerimaan laporan polis ke versi terkini.
PDRM sedang menaik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data penerimaan laporan polis ke versi terkini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menaik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data penerimaan laporan polis iaitu Integrated Police Reporting System (IPRS) ke versi terkini.

Timbalan Pengarah Teknikal Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Shukri Abdullah berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara berfasa bermula Sabtu lalu.

"Proses menaik taraf pangkalan data terbabit telah ditetapkan di dalam kontrak penyelenggaraan sistem bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shukri Abdullah berkata, pihak syarikat yang dilantik sedang menjalankan konfigurasi dan 'troubleshooting' bagi isu-isu teknikal berbangkit ekoran proses migrasi data yang besar.

“Sebarang kesukaran mengakses IPRS yang dialami merupakan gangguan sementara dan keseluruhan proses penyelenggaraan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata, memo dalaman telah diedarkan kepada semua formasi PDRM pada 15 Mac lalu, agar persediaan sistem manual dapat digunakan bagi formasi yang mengalami kesukaran mengakses IPRS dalam tempoh penyelenggaraan tersebut.

“PDRM mempunyai mekanisme proses kerja secara manual bagi memastikan kesukaran mengakses IPRS tidak menjejaskan penerimaan laporan polis.

“Orang ramai yang perlu membuat laporan polis masih boleh berurusan seperti biasa di mana-mana kaunter balai polis,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: