Selangor FC nafi terima bantuan kewangan

Selangor FC
Selangor FC
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon memberitahu bahawa The Red Giants di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 2018 tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada mana-mana kelab bagi menguruskan pasukan tersebut.

Menurut Johan Kamal, tindakannya mendedahkan perkara tersebut kerana ramai pihak khususnya dalam kalangan penyokong skuad Red Giants bertanyakan mengenai perkara itu selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pernah membantu Selangor sebanyak dua kali.

"Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

"Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan," katanya di laman sosial miliknya.

Pada Sabtu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan bahawa baginda pernah membantu sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan isu tunggakan gaji.

TMJ yang juga Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) berkata, antara kelab yang pernah dibantunya ialah Selangor FC, Perak FC, Penang FC, Kelantan FC dan Melaka United.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: