Jiran bantu alihkan kereta terbakar, selamatkan rumah daripada hangus

Tindakan seorang lelaki menggunakan jengkaut mengalihkan kereta jirannya yang terbakar berjaya mengelakkan api merebak ke bahagian rumah dalam kejadian di Kampung Kubu Gajah di sini pada Isnin.
Tindakan seorang lelaki menggunakan jengkaut mengalihkan kereta jirannya yang terbakar berjaya mengelakkan api merebak ke bahagian rumah dalam kejadian di Kampung Kubu Gajah di sini pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tindakan pantas seorang lelaki yang menggunakan jengkaut untuk mengalihkan kereta sedang terbakar di dalam garaj rumah jirannya berjaya mengelakkan api merebak ke rumah berkenaan dalam kejadian di Kampung Kubu Gajah di sini pada Isnin.

Menurut sumber, lelaki berkenaan merupakan jiran kepada mangsa.

"Saya difahamkan mangsa tidak menyedari keretanya terbakar dan apabila tengok keadaan keretanya dia minta bantuan jiran-jiran.

"Jadi jiran-jiran sekeliling tolong alihkan kereta tersebut.

"Mujur ada jiran yang ada jengkaut, jadi kami gunakan jengkaut untuk alihkan kereta, bimbang kebakaran daripada kereta tersebut merebak ke bahagian rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2 petang.

"Seramai tujuh anggota bomba dar Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.26 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran sebelum itu merebak sedikit ke bahagian garaj dan bahagian hadapan sebuah rumah," katanya.

Beliau berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

"Anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.