Kakak maut, adik cedera motosikal langgar kereta

Keadaan di lokasi kemalangan motosikal dan kereta di simpang empat, Antara Gapi pada Isnin.
Keadaan di lokasi kemalangan motosikal dan kereta di simpang empat, Antara Gapi pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang wanita maut manakala adik perempuannya cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di simpang empat, Antara Gapi di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dibonceng adiknya dipercayai terlanggar kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang warga emas lelaki berusia 60 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dua beradik berusia 27 dan 18 tahun itu dalam perjalanan dari simpang sebelah kanan jalan sebelum terlanggar kereta warga emas dari arah Taman Desa Kaloi, Ulu Yam menghala ke Serendah.

"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala adiknya dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Arsad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: