Wan Rohaimi puas hati prestasi PDRM FC

Dua pemain PDRM FC cuba menyekat pemain Perak FC, Alif Zikri (tengah) pada aksi saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam Ahad. -Foto Bernama
Dua pemain PDRM FC cuba menyekat pemain Perak FC, Alif Zikri (tengah) pada aksi saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam Ahad. -Foto Bernama
A
A
A

KETUA Jurulatih PDRM FC Wan Rohaimi Wan Ismail berpuas hati dengan kemenangan 3-1 ke atas Perak FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak di sini malam tadi.

Beliau menyifatkan kemenangan amat dinantikan itu mengembalikan rentak permainan pasukan yang sedikit hilang sebelum ini dan berharap corak permainan positif tersebut dapat diteruskan pada perlawanan akan datang.

"Saya bersyukur dan berterima kasih serta menghargai pemain atas usaha mereka walaupun persiapan dalam tiga minggu ini agak terganggu dengan Covid-19 dan hujan di Kuala Lumpur.

"Rentak permainan sebenar hilang, sebab itu kita nampak pasukan saya tercari-cari rentak pada separuh masa pertama dan pada babak kedua kita mula dapat gol pertama...ini kebangkitan kami sebenarnya,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan tersebut.

Pada aksi malam tadi, PDRM FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak dalam aksi tunggal Liga Premier itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah ketika ditanya mengenai persembahan pembuka tirai The Bos Gaurus dalam saingan itu hanya meminta isu gaji pemain pasukan tuan rumah diselesaikan dengan segera. - Bernama

Artikel Berkaitan: