Cha Eun Woo duta baharu Mister Potato

Cha Eun Woo sebagai duta jenama terbaharu dalam kempen Mister Potato x Cha Eun Woo yang akan dilancarkan pada 15 Mac lalu.
Cha Eun Woo sebagai duta jenama terbaharu dalam kempen Mister Potato x Cha Eun Woo yang akan dilancarkan pada 15 Mac lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama kerepek kentang, Mister Potato memilih untuk berganding bersama artis K-pop, Cha Eun Woo sebagai duta jenama terbaharu dalam kempen Mister Potato x Cha Eun Woo yang dilancarkan pada 15 Mac lalu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker, Pierre Pang berkata, kempen kerjasama itu bakal memaparkan nama dan imej selebriti tersebut pada pembungkusan kerepek kentang, bahan di tempat jualan dan paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang.

Ujar Pierre, Mister Potato turut melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan, serta menghadiahkan cenderahati ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang disenaraikan.

“Mister Potato dengan sukacitanya mengalu-alukan penyertaan Eun Woo dalam keluarga kami, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemuda yang dinamik ini.

“Eun Woo memang disukai oleh peminat kerana pelbagai bakatnya dan beliau membawa tenaga dan keceriaan ke dalam seni lakonan dan juga nyanyian di pentas.

Cha Eun Woo
Cha Eun Woo

“Selain itu, dengan gaya hidup yang aktif dan cita rasanya yang luar biasa, Eun Woo menjadi pilihan duta jenama yang paling sesuai bagi kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Pierre berkata, kerjasama serantau terbaharu itu merupakan sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang diadakan sehingga pertengahan Ogos tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurutnya, kempen Mister Potato x Cha Eun Woo juga mempersembahkan ‘The Ridiculous Mix’ iaitu kaedah unik Eun Woo mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada untuk pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain.

Tambahnya, pelakon dan penyanyi tersebut turut muncul dalam tiga video Mister Potato 'Ridiculous Mix' yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial sempena pelantikan duta jenama terbaharu.

“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran ramai ini dan kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan mereka selama ini.

“Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,” ujarnya.