Optimus Prime, Thor sambut murid di SK St Paul

Optimus Prime menyambut murid datang ke sekolah.
Optimus Prime menyambut murid datang ke sekolah.
A
A
A

SEREMBAN – Ingin melihat murid-murid gembira memulakan sesi persekolahan 2022 pada Isnin, Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul menampilkan Optimus Prime dan Thor sebagai 'penyambut tetamu'.

Kehadiran dua bekas pelajar sekolah berkenaan memakai kostum watak filem kegemaran itu bukan sahaja menarik perhatian seramai 640 murid, tetapi juga ibu bapa.

Guru Besar A Santhanasmy berkata, sudah menjadi tradisi sekolah itu sejak tahun 2016 menyediakan 'penyambut tetamu' setiap kali sesi baharu persekolahan.

"Tujuan kita mahu murid-murid datang ke sekolah dalam suasana ceria dan bersemangat terutama buat murid Tahun Satu yang kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah.

"Kali pertama kita tampilkan badut dan bila tengok tiada drama air mata murid-murid Tahun Satu, sekolah terus buat keputusan tampilkan pelbagai watak penyambut tetamu setiap kali sesi baharu persekolahan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Optimus Prime dan Thor menyambut murid datang ke sekolah
Optimus Prime dan Thor menyambut murid datang ke sekolah

Menurutnya, semua murid Tahun Satu juga diberikan cenderahati 'fridge magnet' ditulis dengan perkataan 'Paulian' yang membawa maksud mereka murid terpilih yang memasuki sekolah berkenaan.

Ujarnya, apabila ibu bapa melihat anak-anak ceria dan tidak menangis pergi sekolah, dapat mengurangkan kerisauan mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Guru juga lebih mudah menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran apabila tiada murid yang meragam.

Optimus Prime dan Thor menyambut murid datang ke sekolah.
Optimus Prime dan Thor menyambut murid datang ke sekolah.

"Bagi saya, sekolah perlu kreatif menarik minat murid untuk ke sekolah dan idea itu kini menjadi trend," katanya.

Sementara itu menerusi kenyataan media dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, seramai 190,602 pelajar sekolah menengah dan rendah memulakan sesi persekolahan 2022 di Negeri Sembilan.

Katanya, seramai 84,463 pelajar sekolah menengah dan 106,139 murid sekolah rendah yang mana 15,743 adalah murid Tahun Satu