Gaji minimum RM1,500 hadiah untuk pekerja

kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.
kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.
A
A
A

SEPERTI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu, kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pengumuman Perdana Menteri itu sesungguhnya merupakan berita yang ditunggu-tunggukan golongan pekerja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sejak akhir-akhir ini, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat sehingga menyebabkan golongan bawahan hidup dalam keadaan tertekan. Gaji yang mereka peroleh setiap bulan tidak mampu menanggung perbelanjaan seisi keluarga.

Kita sedia maklum, ramai pekerja swasta di negara kita masih menerima gaji di bawah RM1,500 sebulan. Antaranya, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, pekerja ladang dan tidak ketinggalan pekerja kilang.

Oleh yang demikian, pelaksanaannya seharusnya bukan sahaja kepada GLC, tetapi perlu diperluaskan kepada syarikat-syarikat swasta.

Desakan agar kerajaan mewajibkan gaji minimum RM1,500 sebenarnya sudah lama kedengaran daripada pelbagai pihak, ini termasuklah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana telah mendengar permintaan daripada MTUC bahawa kerajaan sepatutnya membuat semakan selaras dengan Akta Gaji Minima bagi membolehkan golongan pekerja bawahan mendapat keseimbangan perbelanjaan harian isi rumah yang kini meningkat dengan ketara.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan juga telah mendengar keluhan majikan dan mengimbangi kepentingan pekerja. Langkah ini dianggap wajar dan penting dalam memastikan situasi 'menang-menang' antara majikan dan pekerja.

Adalah menjadi harapan agar semua pekerja tidak kira dalam apa jua sektor, bakal menikmati gaji yang lebih tinggi. Ini bukan sahaja boleh menambahkan pendapatan malahan menyuntik semangat untuk mereka bekerja dengan lebih rajin dan berdedikasi.