Pendidikan rasuah segenap lapisan masyarakat fokus utama YARM

Mohd Nizam
Mohd Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Kepimpinan baharu Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) mahu memberikan fokus terhadap usaha meningkatkan kesedaran rasuah melalui pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat di dalam negara ini.

Presidennya, Mohd Nizam Mohd Isa berkata, untuk melaksanakan matlamat besar itu, pihaknya akan bekerjasama sebanyak mungkin dengan rakan strategik yang meliputi sektor swasta mahupun kerajaan melalui cawangan YARM yang berada di setiap negeri di seluruh Malaysia.

“Kami telah kenal pasti pihak yang mahu adakan kerjasama dan akan keluarkan surat bermula kepada menteri besar, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu termasuk kumpulan belia untuk bergabung.

“Kerjasama ini bertujuan bagi meluaskan pendidikan kesedaran antirasuah kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Kita mulakan dengan ini dulu,” katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.