Kru bot nelayan dikhuatiri lemas

Pasukan bomba tiba di Jeti Ko Nelayan, selepas menerima maklumat kehilangan seorang lelaki yang disyaki jatuh ke laut.
Pasukan bomba tiba di Jeti Ko Nelayan, selepas menerima maklumat kehilangan seorang lelaki yang disyaki jatuh ke laut.
A
A
A

KUDAT - Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas di laut selepas dipercayai terjatuh dari bot di Jeti Ko Nelayan, di sini pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Jayson disedari hilang pada jam 3 petang selepas rakannya tidak menemui mangsa di dalam bot berkenaaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8. 20 malam.

Katanya, seramai empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak satu kilometer dari BBP Kudat.

"Saksi memaklumkan tidak menemui mangsa di kapal berkenaan dan usaha mencarinya dilakukan bersama rakan yang lain namun gagal.

"Pengadu mengesyaki mangsa terjatuh ke laut sebelum bertindak melaporkannya kepada pihak bomba untuk bantuan mencari dan menyelamat (SAR)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, mangsa belum ditemui dan operasi SAR diteruskan pada jam 7 pagi Ahad dan sehingga kini mangsa belum ditemui.

"Sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: