Arsenal tenggelamkan Aston Villa di Villa Park

Saka meraikan jaringan bersama Cedric Soares (kanan) semasa aksi liga berdepan Aston Villa di Villa Park, Birmingham. - Foto AFP
Saka meraikan jaringan bersama Cedric Soares (kanan) semasa aksi liga berdepan Aston Villa di Villa Park, Birmingham. - Foto AFP
A
A
A

ARSENAL mencerahkan peluang kembali ke saingan Eropah musim depan apabila melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat Manchester United kepada empat mata dalam perebutan kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kelab London tersebut menambah tiga lagi mata untuk menjadikan 54 mata selepas mengharungi 28 perlawanan kurang satu berbanding The Red Devils yang kini berada di kedudukan kelima dengan 50 mata.

The Gunners kendalian Mikel Arteta memperolehi mata ke-54 selepas menewaskan Aston Villa 1-0 dalam aksi liga di Villa Park hasil jaringan Bukayo Saka pada minit ke-30.

Arsenal yang dijinakkan Liverpool 2-0 di Stadium Emirates sebelum ini sekali gus kekalahan pertama The Gunners dalam tujuh dalam semua pertandingan,

tampil ke laman skuad asuhan Steven Gerrard dengan misi kembali semula ke landasan kemenangan ternyata mendominasi permulaan awal di Villa Park.

Gol jaringan Saka pada babak pertama itu juga merupakan gol ke-2,000 sepanjang kelab tersebut berada dalam saingan liga elit Inggeris tersebut.

Artikel Berkaitan: