'Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anakmu berdoa'

Hantaran terkini dimuat naik Rizal di Instagramnya pada Sabtu.
Hantaran terkini dimuat naik Rizal di Instagramnya pada Sabtu.
A
A
A

"Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anakmu berdoa...#ayah," tulis tonggak pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali di Instagramnya pada Sabtu.

Pemain kelahiran Baling yang sebelum ini menyarung jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC turut berkongsi gambar seorang lelaki dipercayai bapanya sedang terlantar di sebuah hospital.

Tonggak pertahanan berusia 29 tahun itu sebelum ini dilapor menolak pelawaan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon daripada menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar dilaporkan mengesahkan, badan induk itu belum menerima sebarang penjelasan secara lisan mahupun bertulis daripada Rizal sehingga pagi Jumaat.

Pada masa sama jelas Mohd Saifuddin, FAM tidak akan menutup pintu kepada Rizal bagi menyertai sesi latihan skuad Harimau Malaya, sekiranya pemain tersebut mengambil keputusan untuk melapor diri dalam masa terdekat.

Pan-gon sebelum itu memaklumkan Rizal menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat sebagai pengganti kepada Muhammad Syahmi Safari sekali gus menyaksikan pengendali Korea Selatan tersebut memanggil pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, bagi mengisi kekosongan tersebut.

Artikel Berkaitan: