Kerajaan bekukan akaun bank suami gagal bayar nafkah

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.

Katanya, menerusi inisiatif itu, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami.

"Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.