‘Saya tidak akan masuk UMNO’- Khairuddin

Tangkap layar hantaran video di Facebook Mohd Khairuddin pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran video di Facebook Mohd Khairuddin pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan beliau tidak akan menyertai UMNO.

Beliau berkata, dalam keadaan begini, ramai yang datang memberi pandangan, bertanya khabar dan perkara itu adalah biasa.

Tambah Mohd Khairuddin, sebaliknya beliau ada prinsip sendiri dan akan mengumumkannya nanti.

“Insya-ALLAH nanti tunggu lah apa yang saya akan umum nanti untuk kehadapan. Selepas istikharah berbincang dengan kawan, insya-ALLAH saya akan umumkan.

“Memang ramai yang datang dari pelbagai parti, bukan datang untuk menawarkan tetapi datang untuk memberi semangat atas nama sesama ahli Parlimen dan rakan politik.

“Pelbagai pihak yang datang. Itu biasa sahaja sebenarnya tidak perlu bersangka apa-apa, yang penting semua orang mahu kita duduk bersama untuk kebaikan negara dan rakyat kita,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Isnin, Mohd Khairuddin mengumumkan pendiriannya keluar daripada Pas dan keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika bertemu di bangunan Parlimen jam 2.30 petang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai kawan yang memujuknya untuk kembali semula kepada Pas.

Artikel Berkaitan:

Namun, beliau berpesan supaya mereka untuk kekal istiqamah dengan Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik.

“Ramai kawan-kawan yang pujuk saya untuk kembali ke Pas, setiap orang yang datang bagi pandangan, saya bagi satu jawapan saya berpesan kepada saudara untuk kekal istiqamah dengan Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang terbaik.

“Itulah pesanan saya kepada semua rakan-rakan termasuk pegawai yang bertugas di pejabat Parlimen saya,” ujarnya.