‘Kami penonton, andalah pelakon'

Zawawi
Zawawi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pucuk pimpinan ‘Top 5’ UMNO dan Datuk Seri Najib Razak digesa supaya bersatu memperkukuhkan parti agar tidak menjadi mangsa agenda perpecahan pihak tertentu.

Wakil Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, ini kerana pucuk pimpinan utama parti yang diketuai Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan benteng utama kepada ahli akar umbi.

“Inilah permata kita, jangan kita pecah-pecahkan permata kita ini (tapi) satukanlah permata kita ini. Bossku (Najib) duduk bincang elok-elok. Bersatulah kamu untuk kami kami berpadu, buatlah yang terbaik untuk kebahagiaan kita.

“Bersatunya anda, bahagialah kita, berpecahnya anda, maruahnya kami. Kami sebagai penonton andalah pelakon. Pilihlah watak yang hendak dilakonkan.

“Insya-ALLAH kita (UMNO) akan selamat jika permata-permata kita iaitu pucuk pimpinan Top 5 dan ditambah dengan Bossku, bincanglah, fikirkanlah dan satukanlah untuk kebahagiaan kami dan Insya-ALLAH kita akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan usul Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Zawawi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan berkata, pucuk pimpinan juga perlu bijak menepis usaha pihak tertentu yang cuba untuk memecah-belahkan parti.

“Kita tahu ada suara-suara yang hendak memecahkan kita (dan) kita jangan jadi ejen (Tan Sri) Muhyiddin dalam dewan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: